Selasa, 8 Januari 2013

Latihan 2
Sila baca pantun nasihat  dibawah dan senaraikan pengajaran yang terdapat didalam pantun nasihat tersebut.




Tulis surat di dalam gelap              

   Ayatnya banyak yang tidak kena
Jagalah diri jangan tersilap             
   Jikalau silap awak yang bencana
  
Hendak belayar ke Teluk Betong            
   Sambil mencuba labuhkan pukat
Bulat air kerana pembetung             
   Bulat manusia kerana muafakat   

 Pakai baju warna biru           
    Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
    Kerana guru pembekal ilmu


Sila hantar latihan anda pada 15.1.2013 kepada cikgu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan