Isnin, 28 Januari 2013

Assalammulaikum dan salam sejahtera.
Pada hari esok, cikgu tidak dapat masuk ke kelas tahun 3 Cerdik. Oleh itu, cikgu telah menyediakan soalan latihan mengisi tempat kosong. sila jawab soalan berikut dan menghantarnya pada 4.2. 2013. Sekian terima kasih. Selamat menjawab.

Latihan 5


1. Jali dan Jasni baik hati. ______ disukai oleh rakan-rakan. ( mereka,beliau )
2. Wahid ponteng sekolah. ______ didenda oleh guru disiplin. ( mereka, dia )
3. ______ ialah negarawan yang terkenal. ( dia, beliau )
4. "______ ingin bersantap," titah sultan. ( beta, patik )
5. "______ mohon pertimbangan tuanku," kata Laksamana Hang Tuah kepada sultan.     ( aku, hamba )
6.Munirah suka akan rambutan tetapi ______ tidak suka akan manggis. ( dia, mereka )

Selasa, 8 Januari 2013

Latihan 4



Berdasarkan bahan ransangan yang diberikan sila ringkaskan cerita " Sang Kancil Dan Buaya" mengikut ayat anda sendiri. Panjang ringakasan hendaklah tidak melebihi 150 patah perkataan. Sila hantar latihan anda pada 13.1.2013.

Latihan 3



1.      Bina tiga ayat tunggal berdasarkan bahan ransangan yang ditayangkan.
2.      Senaraikan empat pengajaran berdasarkan bahan ransangan .

           Sila hantar kepada Cikgu Izzah pada 10.1.2013
Latihan 2
Sila baca pantun nasihat  dibawah dan senaraikan pengajaran yang terdapat didalam pantun nasihat tersebut.




Tulis surat di dalam gelap              

   Ayatnya banyak yang tidak kena
Jagalah diri jangan tersilap             
   Jikalau silap awak yang bencana
  
Hendak belayar ke Teluk Betong            
   Sambil mencuba labuhkan pukat
Bulat air kerana pembetung             
   Bulat manusia kerana muafakat   

 Pakai baju warna biru           
    Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
    Kerana guru pembekal ilmu


Sila hantar latihan anda pada 15.1.2013 kepada cikgu.


Isnin, 7 Januari 2013

Latihan 1
Karangan Profil
Arahan: Berdasarkan gambar ransangan di bawah bina sebuah karangan yang bertajuk
" aku sekaki payung ". Panjang karangan andah hendaklah antara 100-150 patah perkataan.

Sila hantar buku latihan anda pada 14.1.2013 kepada cikgu.